Terkini adalah web blog yang akan mengutarakan bahan-bahan pengunjung laman Tranung Kite yang belum sempat dikemas kini di laman Tranung Kite.

Untuk memastikan bahan-bahan yang dihantar oleh pengunjung dapat diketahui umum, pihak Tranung Kite akan membuat posting di sini. Bahan-bahan ini akan dikemas kini semula di laman Tranung Kite mengikut kebiasaan proses kemas kini.

Hanya bahan-bahan pengunjung sahaja di'post' ke sini. Bahan-bahan bersiri, seperti teladan, warta dan harakah tidak akan di'posting' di sini.


Cucu Bavoo
monelbavoo@hotmail.com

   


<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

PERHATIAN :

Untuk mendapatkan bahan-bahan terkini daripada web blog ini sila sertakan email kepada monelbavoo@hotmail.com atau anda boleh daftar email anda di bawah melalui register. Sebarang artikal yang dikemas kini pada web blog ini akan dimaklumkan kepada anda melalui email yang telah diregister.

Anda boleh buang penghantaran email ini melalui email yang dikirimkan jika anda merasakan email-email yang anda terima mengganggu inbox email anda.

Regiterlah di bawah untuk maklumat terkini.

Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed


blogdrive

Tarikh : Saturday, March 06, 2004
Kempen Pilihanraya

Waduh waduh laporan dari SPR mengatakan ada 200,000 pengundi pos. Ini sebenarnya bukan undi pos tapi undi penipu umno untuk menangkan calon yang tinggal nyawa-nyawa ikan supaya menang dan boleh menipu rakyat lagi...ingat parti kerajaan senang dapat undi ker kadang kadang pun sesak daaa kena pakai tipu 200,000 undi P.O.S (Penipu Orang Saja)...

Dalam interview dengan setiausaha SPR cakap kalau burukkan peribadi orang yang KUNUNNYA boleh membawa keburukan kepada negara diHALALkan... Dalam erti kata lain, dia sebenarnya nak kata...kalau kutuk TGHj Hadi ka Anwar agen CIA dihalalkan...tapi kalau kutuk menteri umno RASUAH ka, bawak lari bini orang ka...rogol anak orang ka tu tak boleeehhh... memburukkan peribadi lawan namanya.

Rasanya SPR kena gak bagi guidelines buruk peribadi cam mana tuhhh... tapi kadang kalau nak cerita pasal sesuatu system, kengkadang melibatkan players juga... so masa citer pasal bad system kadang terciter gak pasal bad players... kalau cam ni, cam ne lak ek SPR weeeiii. Guidelines dia...

1.memburukkan orang yang dikatakan boleh membawa keburukan kepada negara adalah digalakkan...chuntuh:
Anwar agen CIA, TG Hj Hadi penyokong pengganas ka

2.memburukkan orang dengan isu yang tiada kaitan dengan isu negara adalah diharamkan...chuntuh: kata pidah Rasuah ka, menteri rogol anak orang, kawin lar , menyeleweng harta rakyat...

Tak cukup dengan Tv, Paper, Pejabat-Pejabat Kerajaan, SPR pun diorang nak guna... nampak sangat takut kalah. Kata semua orang boleh fikir yang mana baik dan buruk... Jadi apa yang nak ditakutkan... Kalau kitalah kita ignore je... allow SPR... tulung bukak mata sikit. Kita tidak mahu kutuk apa-apa... cuma kita harap diaorang ni bila bercakap tulung bukak mata sikit, kenapa geng pembangkang kalu... banyak sangat korang nak kontrol tapi kenapa bila puak umno pulak yang buat korang biarkan.

Kita tahulah umno tidak berminat bab-bab agama... tapi kenapa tiap kali siaran berita, mesti ada pihak media sama-sama kutuk pembangkang, tak relevan laa kunun, tak bertamaddun, mengambil kesempatan dan macam-macam lagi korang kutuk. Lepas korang panggil dua tiga orang puak ni, kemudian buat kutukan ke atas pemimpin-pemimpin pembangkang... buleh pulak!!! SPR ini sebenarnya apa???  badan yang mengawasi perjalanan pilihanraya kaa atau badut sarkas parti umno/BN??? berterus terang aje ler... korang jangan sampai kita ajar anak-anak kita bahawa korang memang tak ubah macam biawakkk, kalu korang biawakk pun ... biarlah korang saja yang biawakk... tak payah babitkan dengan rakyat jelata.(Nota: bahasa ikut stail NTV7... bole kan?)

SPR dah bagi warning pada parti pembangkang (PAS) kalau nak buat janji, buat janji yang boleh ditunaikan dalam keadaan semasa seperti kalau PAS menang dan PAS telah berjanji nak buat jamban curah untuk orang kampung, janji macam tu kira O.K.

Tapi kalau PAS berjanji akan memberi syurga pada orang undi PAS, ini dikira sebagai ugutan pada orang ramai. Kesimpulannya kalau undi PAS masuk syurga, tak undi PAS tapi undi BN bermakna masuk neraka.  Janji macam ni kira menakut-nakutkan orang ramai. Janji macam ni dikira janji tipu. Perbuatan ini melanggar undang-undang pilihanraya. Sekiranya ada calon PAS berkata demikian, pihak lawan boleh ambil tindakan undang-undang selepas pilihanraya.

Hello, macai-macai PAS, sila komen sikit tentang hal ini. Orang-orang kampung banyak yang dah kena tipu oleh PAS dengan janji syurga pada siapa yang undi PAS. Yang menipu pula tok lebai PAS yang berjubah dan berserban. Tok-tok Lebai PAS yang selalu buat sembahyang hajat yang tunjuk-tunjuk alim tapi penipu besar. Tak ubah macam setan. Inilah contoh gaya orang umno menghentam pembangkang(PAS).

Oooiii... korang tak malu kaa orang tengok sandiwara buduh korang. Sepatutnya SPR duduk tengah-tengah.
Adakah PAS dilarang menyatakan kebenaran? Kalau ada hadis atau firman Allah yang jelas menjanjikan syurga, maka PAS tak boleh ajarkannya kepada orang ramai? Apa komen ko kalau penasihat agama UMNO kata BERDOSA kalau tak taat pada pemerintah??? Dalam pilihanraya 2004, Umno dah tak boleh janji menghentikan rasuah sebab mereka adalah bapak rasuah.

PAS tak pernah janjikan syurga jika pangkah mereka.
KeADILan pun tak pernah.
DAP pun sama tak pernah.
umno pun rasanya tak mampu nak janjikan syurga. begitu juga mca atau mic.

Tak tau laaa macammana unit fitnah umno boleh terfikir strategi nie??? diorang masih rasakan rakyat Malaysia nie sama macam zaman van penerangan masuk kampong ke??? aik!!! pasal ada sorang makcik yang kata PAS pernah janjikan syurga pada dia dulu dan sampai sekarang dia masih tak nampak pintu syurga dan jalan ke syurga... maka PAS dipersalahkan!!! ini macam kita nak dengar kisah serius dari rumah bahagia je... sebab dah ada statistik yang menunjukkan janji syurga boleh pengaruhi pengundi...ada baiknya lepas ni PAS buat tajuk besar dalam harakah pangkah PAS masuk syurga...kompom!!! makin umno bawak tajuk nie makin orang nampak fitnah depa!!!

Kalau janji material sebelum pilihanraya contohnya pembangunan kawasan ini akan dimajukan jika Be End menang, bila dah menang ntah pegi mana. PAStu 5 tahun kemudian nak pilihanraya, janji lagi, nampak sangat pembohong. Macam kat Sabah derang kate Sabah akan maju 100 hari selepas pilihanraya, tapi dah 2 penggal derang pegang Sabah, jangankan nak berubah lagi teruk adalah... kaya... tapi kaya dengan hutang sama macam Kedah, Selangor, Melaka dll. PAStu nak tau satu lagi kat Kota Kinabalu bandar kecik tapi die punya jem macam KL. Kalau tak percaya datang KK la, tak padan ngan keadaan bandar die... terutama bila orang nak pegi keja n balek keja. Jangan harap la be end  pembohong dan penipu dan perasuah kuat ade la. Satu lagi derang punya wakil rakyat sume kaye-kaye belaka tak padan ngan tempoh derang pegang jawatan. Baru setahun 2 jer jadi wakil rakyat rumah mak aii beso gile baban. Yang lebih-lebih tu lain kali cite lagi.

Hehehe...tapi cuaca sekarang panas...panas...sesekali hujan...sekejap jer...lepas tu panas... panas...huhh... Punyalah tak terasanya bahang dah dekat pilihanraya ni, sampai ada rakan-rakan yang lupa nak register mengundi. Tapi disebabkan hangatnya kempen Akademi Fantasia musim kedua, maka mereka pun pakat-pakat register ke 32999 supaya tak terlepas mengundi pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim kedua... Hai... kempen yang bersalah kah... atau kita sendiri kot lupa priority???

Musim piliharaya ni ada baiknya juga jika kita luaskan pemikiran dengan membaca buku karya Pak Habib (Syed Hussain al-Attas). Buku beliau bukan kerana gaya bahasa dan fakta yang diutarakan, malah buku-buku beliau memerlukan garapan yang amat tinggi terhadap apa yang ditulisnya. Pak Habib memang kritikal dan nujumnya selalu mendebarkan ahli polotik yang jadi bahan tulisannya.

Buku-buku seperti ini amat baik untuk kita memahami politik, memahami yang tersirat dan tesurat dan paling penting memahami bahasa. Di bahagian awal bukunya, Pak Habib mengatakan "Ku tulis buku ini untuk Perdana Menteri ku, DR Mahadir Muhhamad, Pahlawan melayu abad ke-21"  dan ada pantun melayu lama:-

Ku tembak pelanduk,
Rusa yang kena
bila ku lihat
Gajah yang mati.


Bukankah pantun itu amat tinggi nilai firasatnya? bagi mereka yang mahu berfikir silalah beli buku ini di kebanyakan kedai buku. Ada gambar-gambar yang padat dan cerita menarik antaranya  tentang Osama ben Laden... semuga kita tak jadi pak turut, bersemangat jihad walhal hakikatnya kita jadi tali barut Amerika. Kadang kadang kita rasa kita dah buat amal makruf nahi mungkar, hakikatnya kita tembak/bunuh orang islam sendiri. Kita bertelagah isu khilafiah tak habis-habis, orang kafir ada agenda sendiri... hati-hati.



Kiriman pada 3/6/2004 12:35:15 am oleh terkini
Comments (1)


PRU 2004: SPR Jangan Rosakkan Sistem Pilihanraya

Parlimen Malaysia sudahpun dibubarkan oleh Perdana
Menteri, Pak Lah Badwi setelah memohon perkenan Duli
Yang Dipertuan Agong pada 3.3.2004. Kemudian diikuti
oleh semua DUN di seluruh negara kecuali Sarawak yang
telah mengadakan pilihanraya umumnya terlebih awal
tahun lepas.

Sepatutnya Parlimen Malaysia wajib bubar ialah
November 2004 ini. Telah diawalkan sehingga lapan
bulan lebih awal bagi mensesuaikan senario politik
negara, satu sebabnya ialah DUN Sabah wajib bubar pada
April ini. Seperti kebiasaan UMNO/BN tidak akan
mengadakan pilihanraya mengikut tempoh wajib bubar
itu. Para pemimpin UMNO/BN ada jadual tersendiri atau
kalendar pilihanraya sendiri setelah merujuk kepada
para bomoh mereka, mungkin begitu agaknya. Mereka suka
berteka-teki. Padahal perkara pilihanraya ini bukan
perkara 'teka-teki'. Pilihanraya termaktub dalam
Perlembagaan negara setiap lima tahun sekali mesti
dilaksanakan. Tetapi, bagi UMNO/BN dan para
pemimpinnya sudah tidak peduli apa itu peraturan,
malah mereka tidak merujuk peraturan penentuan tarikh
pilihanraya yang termaktub dalam Perlembagaan Negara
itu. Mereka lebih suka amalan berteka-teki atau ikut
suka mereka. Kerana mereka merasakan diri merekalah
yang berkuasa penuh ke atas negara, rakyat dan seluruh
institusi atau sistem dalam negara ini. Undang-undang
seperti diletak dibawah kaki para pemimpin UMNO/BN.

Tiada Parti Pemerintah dan Tiada Parti Pembangkang
Lagi


Setelah parlimen atau DUN dibubarkan, bermakna tiada
lagi parti pemerintah atau parti pembangkang. SPR kena
faham realiti ini. SPR mesti adil, telus dan
profesional sebagaimana slogan SPR CEKAP, ADIL dan
TELUS.

Adakanlah pilihanraya ke 11 kali ini dengan
sebaik-baik mungkin menurut aspirasi amalan demokrasi
dan Perlembagaan Negara. Jangan ulangi lagi budaya
perosak dan penjahanam kepada sistem pilihanraya dan
Perlembagaan Negara ini. Sebenarnya, peraturan
pilihanraya dan sistem pilihanraya di Malaysia adalah
antara yang terbaik dalam menguruskan proses
pilihanraya  kalau semua peraturan itu diikuti oleh
SPR tanpa bias kepada mana-mana pihak sama ada kepada
bekas parti memerintah atau bekas parti pembangkang.

SPR sebagai sebuah badan bebas hendaklah bersikap
berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana kumpulan
parti. Ini yang tidak diamalkan secara adil dan telus
oleh SPR sekarang, kerana dari pengerusi SPR dan
setiausahanya melihatkan sikap dan tindak-tanduk yang
tidak adil, bermuka-muka dan tidak berprinsip.
Padahal, mereka adalah pekerja atau man power dalam
pengurusan SPR, mereka bukan wakil UMNO/BN, bukan
wakil BA, PAS, KEADILAN, DAP atau mana-mana kumpulan.
SPR sebuah badan asing, kalau dalam mahkamah ia
merupakan hakim yang tidak boleh cenderung kepada
sesiapa ketika ia melaksanakan tugas pengadilan.
Tetapi, SPR mesti dan wajib memihak kepada nilai-nilai
keadilan, ketelusan, peraturan dan sikap
profesionalisme.

Dalam padang bola, SPR ibarat pengadil atau penjaga
garisan. Tentu ia akan melaksanakan tugasnya
berdasarkan kepada peraturan, bukan kepada pasukan
yang ia sukai. Begitulah dalam pilihanraya yang
mengamalkan sistem demokrasi, SPR adalah orang tengah
semasa mereka melaksanakan proses pilihanraya itu
dengan bersandarkan kepada peraturan pilihanraya yang
telah sedia ada. Bab mereka cenderung kepada parti
mana-mana tidak boleh dibawa ketika mereka bertugas
sebagai pegawai SPR atau pengurus pilihanraya,
terkecuali semasa mengundi kalau mereka boleh
mengundi. Semasa berada dalam bilik mengundi ketika
memegang kertas undi dan pensil itu satu kes
tersendiri kerana hak peribadi dan kebebasan kepada
mereka. Tetapi berbeza ketika mereka bertugas sebagai
pengurus pilihanraya mereka berkedudukan sebagai orang
tengah, hakim dan pengadil, sewajarnya mereka tidak
layak menunjukkan apa-apa reaksi cenderung kepada
mana-mana parti atau kumpulan.

Adil, Cekap dan Telus

Andainya nilai ini dapat diterapkan dengan lebih baik
oleh SPR dalam menguruskan proses pilihanraya kali
ini. Ia merupakan satu amanah rakyat, agama dan
negara. Bukan saja rakyat menyanjung SPR, tetapi
seluruh dunia salut kepada SPR Malaysia. Parti-parti
pembangkang lebih lagi rasa bangga mereka. Kerana
selama ini mereka selalu menjadi mangsa ketidakadilan
SPR bila melaksanakan perjalanan pilihanraya.

Terlalu banyak bukti betapa SPR berkerja seperti agen
parti UMNO/BN. Konspirasi mereka dalam menyenaraikan
pengundi hantu, membolehkan warga asing mengundi cuma
dengan menggunakan IC palsu atau IC projek seperti
yang terjadi di Likas, Sabah semasa pilihanraya umum
negeri Sabah 1999.

Di Sabah, kes menggunakan pengundi warga asing,
pengundi hantu dengan IC palsu, IC orang mati, IC
dicuri dan lain-lain untuk menangkan UMNO/BN bukan
rahsia lagi sudah diketahui ramai orang dan rakyat
yang sensitif terhadap politik. Bayangkan warga asing
dari Pakistan, Filipina dan Indonesia yang berICkan
Mykad dibenarkan mengundi sebegitu mudah. Siapa
dibelakang tabir pemberian IC/Mykad kepada warga asing
di Sabah, apakah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),
ahli politik UMNO/BN atau SPR sendiri bersekongkol
dalam perkara itu. Isu mewarganegarakan rakyat asing
masuk ke negara ini kerana tujuan politik UMNO/BN atau
kerakyatan yang meragukan tanpa berperaturan hendaklah
disiasat dari akar umbinya oleh pihak yang berwajib
dan lebih wajar diwujudkan Suruhanjaya Bebas untuk
menyiasat perkara ini.

Penulis melihat dan memerhatikan perkara ini sejak
zaman Datuk Harris Salleh menjadi KM Sabah era
Berjaya/BN berlarutan hingga hari ini. Ketika itu,
warga asing dari Filipina, Indonesia dan Pakistan
dengan mudah diberikan kewarganegaraan segera tanpa
banyak kerumitan. Cukup dengan buat surat sumpah
bahawa si anu lahir di kampung sekian dalam daerah
sekian...kemudian pengakuan ketua kampung atau
pengerusi JKKK atau ketua cawangan parti yang
memerintah Berjaya/BN atau UMNO/BN, selepas itu
disokong oleh tandatangan YB sekian pasti JPN tidak
banyak bicara....

SPR Jangan Bersekongkol Menjual Negara Ini

Membenarkan warga asing atau pengundi hantu dengan IC
palsu atau IC projek atau apa juga dokumen selain IC
sebenar, adalah satu kerja jenayah yang akan
menjahanamkan rakyat, bangsa dan negara ini. Kita
seperti mahu menjual negara kepada warga asing secara
tidak bermaruah. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia
yang cintakan negara ini kita wajib mempertahankan
kedaulatan rakyat dan negara ini dari dicerobohi oleh
bangsa asing atau warga asing yang sekadar mengambil
kesempatan mahu hidup selesa di negara ini.

Sebab warga asing yang diwarganegarakan secara mudah
ini akan menagih apa saja yang mereka mahu kepada ahli
politik yang mereka undi kerana mereka diberikan IC
untuk mengundi UMNO/BN itu telah dijanjikan dengan
pelbagai janji indah.

Tidakkah tindakan politikus bacul dan tidak bermaruah
itu akan mendedahkan rakyat dan negara ini kepada
bahaya lebih besar dalam jangka panjang. Anda boleh
bayangkan satu dekad akan datang bila sudah warga
asing yang diberikan IC palsu/IC projek itu
beranak-pinak di negara ini dan sebahagian mereka
telah menguasai beberapa sistem penting dalam negara
tidak mustahil mereka akan mendominasi seluruh sistem
pemerintahan negara, sekiranya kita tidak serius
melihat senario ini yang berlaku depan mata, pimpinan
UMNO/BN mereka tidak nampak hal seperti ini. Yang
mereka nampak harta, kuasa, wanita, projek, pangkat
dan kedudukan atau nama disanjung melangit. Kes Tun
Ghafar yang berkahwin dengan wanita Indon semasa di
Sabah satu pengajaran kepada seluruh pimpinan UMNO/BN
yang gila wanita, gila harta, gila kuasa...akhirnya
apa yang terjadi.

SPR dan JPN hendaklah sensitif dalam isu ini.
Lebih-lebih lagi dengan kes Sabah yang terlalu banyak
IC palsu dijumpai, pengundi warga asing dan hantu.

Orang politik juga harus menyedari perkara ini. Jangan
sekadar mahu menang kita senang menerima semua orang
sehingga kita lupa bahawa yang mengundi itu adalah
warga asing yang diberikan IC palsu atau warga asing
yang dibaruakan oleh pimpinan UMNO/BN yang gila kuasa
dan gila harta.

Awas sekali kita silap memberikan dokumen penting
WARGANEGARA seperti IC/MYKAD kepada warga asing
selamanya kita berkhianat kepada anak bangsa, agama
dan negara Malaysia.

Kepada rakyat Malaysia yang bijaksana apakah kita akan
terus terpukau dengan lakonan dan sandiwara pimpinan
UMNO/BN konon mahu basmi rasuah, jadi imam solat, mahu
pemimpin yang berimej baik dan macam-macam lagi
lipstik atau kosmetik....................

Pengundi dan rakyat Malaysia yang berjiwa Malaysia dan
cintakan Malaysia marilah kita ubah landskap politik
Malaysia kali ini dengan memilih pimpinan
BA/PAS/KEADILAN/PRM dan barisan pembangkang lain yang
mahu menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya dari angkara
kejahatan pimpinan UMNO/BN yang rasuah, gila kuasa,
gila betina, gila nama dan gila segala jenis kegilaan.


MENANGKAN CALON-CALON BA/PAS/KEADILAN/PRM DAN
PEMBANGKANG
TUMBANGKAN UMNO/BN DAN SEKUTUNYA
SELAMAT MALAYSIA, SELAMAT RAKYAT, SELAMAT WANG RAKYAT,
SELAMAT PETRONAS DAN SELAMATLAH SELURUH SISTEM DALAM
NEGARA INI.

Ibnu Sabah,
5.3.2004M.



Kiriman pada 3/6/2004 12:33:46 am oleh terkini
Make a comment


Tarikh : Saturday, February 21, 2004
Tips kepada pecacai UMNO !

Assalamualaikum,

Aku cuma nak kasi tips kepada  semua balaci dan pecacai UMNO sebelum pilihanraya ini.

Bukannya apa cuma kerana kesian kat hampa sebab selalu kene kencing dengan pemimpin UMNO.

Biasanya dalam setiap pilihanraya UMNO akan janjikan matawang sebagai bayaran setiap kerja-kerja yang dibuat dari memasang poster,bawa pengundi , jadi spy dan banyak lagi.

Dalam setiap pilihanraya kecil aku akan buat survey dari bebudak yang buat kerja untuk UMNO dalam pilihanraya , terutamanya tentang ganjaran yang diperolehi dari setiap tugasan.,

Biasanya sebelum kerja dibuat bebudak ini semua akan dijanjikan bayaran yang lumayan misalnya  $20 semalam + nasi bungkus (dlm foam putih) + air mineral (tapi selalu drinking water sebab lebih murah) kalau nasib baik adalah air kotak/tin.Biasanya budget yang diperolehi oleh ketua atau incharge UMNO tu agak besar , tapi sebab nak dapat untung bahan-bahannya kena cari yang paling murah, Tugas pada malam itu biasalah , panjat-memanjat untuk pasang poster untuk musibat –musibat UMNo.

Seperkara yang perlu hampa ingat ialah kena minta duit CASH dalam ertikata lain semua urusan yang berkaitan dengan wang perlu dilakukan secara CASH.Sebabnya ialah kalau UMNO janji nak bayar upah lepas pilihanraya , alamat kantoi lah tuu.Kalau UMNO tak nak bayar secara TUNAI , lupakan saja jangan nak memandai –mandai percaya kat jonggos-jonggos  UMNO.

Ini dari perkongsian pengalaman dari pekerja-pekerja pilihanraya dari orang setempat, iaitu bayaran yang diterima adalah terlalu kecil berbanding dangan apa yang dijanjikan dan kerja yang teruk.Aku masih teringat ada sekumpulan  budak remaja yang mengadu tentang UMNO yang mungkir janji,janji kat beri sehari $20 tapi lepas pilihanraya dapat seorang $40 untuk upah kerja selama seminggu.

Kata bebudak tu “ Kami tobat tak buat kerja kat UMNO dah ….pembohong,janji lain tapi bagi lain …….baik kami tolong PAS lagi bagoih walaupun tak dapat upah “ lalu aku pun menjawab…..”BARU HAMPA ADA AKAI !

Jadi , mesej ini adalah penting kepada semua balaci yang nak dan bercadang nak Bantu UMNO supaya difikir-fikir kan …jangan terpedaya dengan janji kosong puak UMNO .Dengan sehari $20 bukannya boleh kaya ! tapi hasil duit itu kalau buat makan buat tambah penyakit dalam badan aje.

Adakah nilai diri kalian sekadar sebungkus nasi , air mineral dan wang $20 ???? 

Jangan tertipu dulu,kini dan selamanya

  Anak Tanjung

 


Kiriman pada 2/21/2004 12:05:05 pm oleh terkini
Comments (2)


PANDUAN MEMILIH PEMIMPIN

OLEH: MELI

 

Assalamu’alaikum wrt.wbh,

 

Umat Islam di Malaysia tidak seharusnya tersilap membuat pemilihan pemimpin pada pilihan raya ke 11 nanti. Pemimpin yang wajib dipilih oleh umat Islam ialah pemimpin yang memperjuangkan dan mempertahanan al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi perlembagaan hidup mereka telah mengariskan satu panduan yang lengkap dalam perkara ini.

 

Umat Islam di Negara ini perlu membuat penilaian yang matang dalam memilih calon-calon dari PAS atau UMNO untuk menjadi wakil mereka. Pemilihan pemimpin tidak seharusnya dilihat sebagai satu proses politik semata-mata, tetapi  ia termasuk perkara agama yang akan diberi ganjaran pahala dan dosa dan pembalasan syurga neraka pada hari akhirat, kerana  tiada satu pun amalan yang dilakukan oleh manusia melainkan akan diberi balasan tertentu.

 

Persoalan memilih pemimpin perlu diambil berat kerana dalam konteks Negara kita yang mengamalkan demokrasi [ demokrasi terpimpin dan pembohongan demokrasi ]  berparlimen , pemimpin yang dipilih  melalui proses pilihan raya [ walaupun tiada adil ] akan menjadi Ahli Parlimen [ MP ] atau Ahli Dewan Undangan Negeri [ ADUN ] yang berperanan dalam menggubal undang-undang dan menentukan dasar Negara serta menjaga kebajikan rakyat dan sebagai memandu arah perjalanan umat. Secara lebih spesifik, tugas mereka ialah menegakkan agama dan mentadbir Negara ini dengan agama.

 

Apabila tiba masa pembuangan undi kelak, lihat dan kajilah latarbelakang calon-calon yang ditawarkan itu yang akan menjadi wakil kita yang memperjuangan agama dan kebajikan rakyat keseluruhannya. Adakah mereka itu mempunyai akhlak dan moral yang tinggi, beragama mengamalkan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar,  berpendidikan, tidak pentingkan projek, tidak mengejar kedudukan, kuasa , kekayaan dan kemewahan,  tidak rasuah serta yang penting mereka ini boleh diberi kepercayaan untuk memimpin dan tidak menipu kita di suatu hari kelak.

 

Kita yang bertanggungjawab memilih mereka dan setelah mereka kita pilih menjadi pemimpin, mereka pula melakukan pelbagai salahlaku seperti pecah amanah yang diberi, rasuah, menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri, menyeleweng dan sebagainya seperti yang berlaku kepada sebahagian besar pemimpin-pemimpin UMNO yang mempunyai kuasa sebagai PM, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan lain-lain jawatan yang dilantik atas kapasiti seorang wakil rakyat dipelbagai peringkat dan di pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

 

Sebenarnya bukan tiada ada pemimpin UMNO yang jujur dan iklas dalam membela nasib rakyat, tetapi bilangannya terlalu kecil, jangka hayat mereka ini dalam politik UMNO amat singkat, kemudian terus hilang ditelan arus. Bagaikan telah menjadi satu budaya dalam UMNO bahawa pemimpinnya mestilah yang pandai menyalahgunaan kuasa dan rasuah, pandai bodek bolehlah kekal lama dalam UMNO sebagai pemimpin

Memilih pemimpin ini seumpamanya kita memberi cek kosong kepada mereka, merekalah nanti yang akan menulis nilai yang dihendakki mengikut hawa nafsu tanpa menilai kembali amanah yang diberi oleh rakyat. Kita yang bertanggung jawab dan pasti kita tidak akan terlepas menanggung dosa-dosa mereka kerjakan kerana kita yang memilih mereka. Kalau kita tidak memilih manusia-manusia seperti ini, maka mereka tidak ada ditempat itu dan mereka tidak ada ruang untuk melakukan dosa dan noda. Salah siapa ? Saya amat berharap, pilihan raya kali ini jangan pilih manusia-manusia seperti ini lagi.

 

Justeru itu, pemimpin yang hendak dipilih nanti mestilah orang yang benar-benar berkelayakan jangan memilih orang, kumpulan dan organisasi yang menentang akan agama Allah SWT. Kalau ia sanggup menentang Allah SWT, apa lagi kita sebagai rakyat marhaen yang membuat pemilihan 5 tahun sekali itu. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

“ Apabila dipersia-siakan amanah, maka tunggulah kehancuran, maka baginda ditanya : Bagaimana mensia-siakannya?” Aapabila diserahkan amanah kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran”. [ Riwayat Bukhari ]

 

Sabda Rasulullah lagi [ bukan Mahathir ] yang bermaksud, : “ Sesiapa yang memegang urusan kaum muslimin, kemudian ia melantik seorang pengusaha pada hal ia tahu ada orang lain yang lebih layak dan patut untuk kepentingan   kaum muslimin, maka sesunggunnya ia telah mengkianati Allah dan RasuNya “.

 

Di antara syarat-syarat menjadi pemimpin sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dan as-Sunnah serta kesimpulan yang dibuat oleh ulama ialah :

 

1.                 BERAGAMA ISLAM   

 

Allah SWT menjelaskan bahawa pemimpin sebenar umat Islam ialah Allah, Rasul dan mereka yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat serta tunduk menjunjung perintah Allah [ al-Maidah : 55 ]. Adakah calon-calon UMNO yang kita ingin pilih itu mempunyai ciri-ciri ini, adakah mereka menentang hukum Allah dan meringan-ringan soal sembahyang, melakukan amal makrof dan pada masa yang sama menggalaksuburkan aktiviti-aktiviti mungkar seperti yang kita dapat saksikan sekarang.

 

Oleh itu, umat Islam dilarang keras memilih orang-orang kafir sebagai pemimpin. Berkompromi dengan  orang-orang kafir bukan sahaja merugikan umat Islam dari sudut politik, tetapi boleh mendedahkan kepada kemurkaan Allah SWT dan gejala murtad [ Ali Imran : 28, al-Maidah : 138-139 dan al-Mujadalah : 21 ]

 

2.                 ORANG YANG ALIM DALAM AGAMA DAN TAHU SELUK BELOK PENTADBIRAN

 

Syarat inilah yang menyebabkan Talut dilantik oleh Allah untuk memimpin kaum Bani Israel, walau pun mereka pada mulanya menentang keras pilihan Allah ini.

 

Firman Allah, : “ Dan nabi mereka [ Daud a.s ] telah berkata kepada masyarakatnya : Sesungguhnya Allah telah menentukan   Talut sebagai pemimpin kamu. Meraka berkata : Patutkah dia menjadi pemimpin kami, sedangkan kami lebih berhak kerana Talut itu tidak mempunyai kemewahan harta. Daud berkata : Sesunggunnya Allah telah telah memilihnya menjadi pemimpin kamu dan Allah telah menambahkan kepadanya kekuatan ilmu dan jasmani [ al-Baqarah : 247 ].

 

3.                 BUKAN ORANG YANG MEMPERSENDAKAN AGAMA DAN MENCINTAI KEKUFURAN

 

Jika ada calon [ tentunya dari kalangan pemimpin UMNO ] mempersenda-sendakan agama seperti ajaran dan hukum Islam itu kuno, tidak sesuai dipraktikan dalam dunia moden hari ini, agama seperti candu yang boleh melalaikan rakyat mencari kekayaan, agama dan politik hendaklah dipisahkan atau seumpamanya, maka mereka ini tergolong di kalangan orang yang tidak yakin bahawa Islam itu boleh memerintah, bukan Islam diperintah serta tidak menyakinan kepimpinan ulama yang telah menjadi tradisi zaman berzaman pada zaman keagungan Khilafah  Islam.

 

Firman Allah, : “ Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu mengambil menjadi pemimpin, orang-orang yang mempersenda-sendakan agama kamu dan memperolok-olokannya iaitu orang-orang yang diberi kitab sebelum dari kamu dan juga orang-orang yang tidak beriman. Bertakwalah kamu kepada Allah, jika kamu menyeru untuk mengerjakan solat, mereka menjadikan seruan kamu itu main-main dan olok-olok. Hal ini adalah disebabkan kaum yang tidak berakal “. [ at-Taubah : 23 ]

 

4.                 SEORANG YANG ADIL

 

Orang yang tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil, mengerjakan amal makrof nahi mungkar. Asas perjuangannya ialah al-Quran dan as-Sunnah, bukan harta dan pangkat.

 

5.                 ORANG YANG TIDAK MENONJOLKAN DIRI UNTUK DITONJOLKAN

 

Boleh dikatakan semua calon-calon dari UMNO nanti terdiri dari orang-orang yang tergila-gila untuk menjadi pemimpin. Mereka akan melobi atau mempengaruhi mana-mana pihak untuk dicalonkan atau mereka akan mengugut akan membantu pihak lawan sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon.

 

  Kita boleh lihat nanti di kalangan mereka terdapat banyak kumpulan yang berkelahi sesama mereka merebut tempat. Jika ketua kumpulan mereka tidak terpilih menjadi calon, mereka pakat-pakat menjatuhkan calon yang terpilih itu. Ini sudah menjadi asam garam dan darah daging UMNO, sebab itu nama-nama calon biasanya akan diumumkan dekat dengan hari penamaan calon untuk mengelak sabotaj dari pihak lawan sesama kem [parti UMNO].

 

Sabda Rasulullah s.a.w. : “ Demi Allah sesungguhnya sekali-kali kami tidak akan mentauliahkan seseorang ke dalam sesuatu jawatan kerana permintaan atau seorang yang haloba kepadanya “.

 

Islam telah mengariskan panduan dalam melantik pemimpin untuk dijadikan rujukkan oleh umat Islam, terutama ketika kita sekarang ini berada di ambang pilihan raya ke 11. Seluruh rakyat mestilah mengikut garis panduan ini agar mereka tidak tergelincir daripada landasan Islam yang sebenar.

 

Sekian untuk kali ini, kita  akan bertemu lagi di lain bicara.InsyaAllah. Terima kasih. Wassalam.

 

 


Kiriman pada 2/21/2004 12:02:38 pm oleh terkini
Make a comment


Tarikh : Thursday, February 19, 2004
Sungguh hinanya mereka 12 orang

Seperti kata Raja Petra, perginya mereka ber12 dikeji rakan lama tetapi
disyaki pula oleh rakan baru.
(http://marhaen1.web1000.com/mar_a_facnews46.html ) Begitulah kesiannya
mereka ini.

Semenjak peristiwa itu IB sempat bertemu beberapa orang barisan pelapis
muda pimpinan UMNO termasuk beberapa orang SU (sulit/politik dsb) para
menteri. Tidak seorangpun yang menerima mereka dengan tangan terbuka.
Malah ramai dari mereka mencemuh tindakan 12 orang pembelot ini dan
kesemuanya mengatakan kesangsian tindakan mereka.

Antaranya ada yang mempersoalkan apa gunanya perjuangan mereka selama
ini. Dengan kesusahanya yang telah dilalui. Tekanan dari pelbagai pihak.
Yang dipenjara, dipenjaralah. Yang dipukul dan disiksa semasa ISA
(sampai lebam dan pelbagai) tak berbaloi kerana akhirnya menyerah kalah. Apa
gunanya mengharungi ranjau itu semua kalau akhirnya melutut juga. Baik
dari dulu lagi tak bersusah payah. Tak sakit. Tak tertekan. Bisnes pun
tak terbungkus.

Sesetengah mereka yang IB berbual itu ada yang mengatakan geng 12 tidak
pandai berunding. Kesesuaian masa belum baik. Pokoknya pakej mereka ini
tidak berbaloi dan tidak terjamin. Terlalu banyak janji dan syarat yang
mungkin tak sampai separuh sahaja dapat apa yang dijanjikan.

Salah seorang dari SU yang IB temui (pernah bersimpati dengan DSAI satu
ketika dulu), mengatakan sekurangnya aturlah pakej untuk DSAI sekali.
Ini tidak. IB tanyakan bagaimana dia pasti geng 12 tidak buat deal untuk
DSAI. SU ini dapat beri kepastian 100%. (dan disebut hujah dan maklumat
lain yang mana IB tak boleh sebut kerana akan terbongkar identiti SU
ini).

Seorang lagi yang IB temui mengakhiri perbualan dengan mengatakan
bahawa DSAI amat tepat melaungkan slogan Usah Bicara Soal Perjuangan Jika
Takut Akan Risikonya. Begitulah pengajaran buat yang 12 dan lain-lain
lagi yang akan turuti langkah para pembelot dan pegecut ini.

Dan kerana slogan inilah DSAI akan kental dan akan meneruskan
prinsipnya. Maka agak sukarlah untuk kita percaya khabar angin dan berita palsu
yang cuba diperangkapkan bahawa DSAI akan dilepaskan selepas
pilihanraya nanti.

Sekian
Ibrahim Baba
18 Februari 2004

Kiriman pada 2/19/2004 4:45:26 pm oleh terkini
Make a comment


Nukilan buat Lokman

Gerakan mansuh ISA perlu diteruskan tanpa mengikut rentak UMNO yang memainkan lagu memerangi rasuah.

Setakat ini tidak ada tanda-tanda bahawa undang-undang draconian ISA akan dimansuhkan dalam pemerintahan Pak Lah.Walaupun umum mengetahui Pak Lah bukanlah seorang superman yang mampu menyelesaikan semua masalah Negara dalam masa yang singkat  , tetapi sekurang kurangnya memberi satu keyakinan rakyat agar ISA akan dimansuhkan.

Lokman Adam adalah satu contoh klasik manusia yang telah dihumban ke dalam ISA , menderita dan mengalami trauma yang amat dasyat.Apakah kaedah yang telah mereka gunakan sehingga dapat “turnover” perwatakan pemuda yang satu ketika dahulu dianggap hero dalam parti Keadilan. Akhirnya Lokman hanyalah persis politikus haprak tak bertujuan.Lokman kini mencari popularity dengan hanya mengecam dan memburukkan bekas partinya.

Pemuda ini kini tidak dapt membezakan yang mana satu keutamaan yang harus beliau berikan dalam politik dan perjuangannya.Lokman seharusnya anda terus bergerak memberi sumbangan pada rakyat dalam memperjuangkan

keadilan bukannya mebangkitkan perkara yang tidak begitu popular dan remeh.

Buktikan anda mampu memberi sumbangan kepada sistem pemerintahan yang sedia ada dengan memerangi elemen

yang menjadi musuh utama iaitu rasuah, kezaliman ISA, penyelewengan dan manusia-manusia yang menghina agama

Lokman teruskan perjuanganmu walau dibalik tabir

 

Abu Munzir


Kiriman pada 2/19/2004 4:37:52 pm oleh terkini
Make a comment


Daftar ahli seumur hidup sekarang !

Assalamualaikum,

 Menjelang pilihanraya yang ke -11 ini Pas pastinya memerlukan perbelanjaan yang besar dalam menghadapiya. Saya ingin mencadangkan agar kepimpinan tertinggi supaya melancarkan kempen ahli mendapatkan seumur hidup.

Secara tidak langsung yuran dari kutipan ahli Pas yang ingin mendaftar seumur hidup dapat dijadikan dana bagi menghadapi pilihanraya ini berbanding yuran tahunan yang lebih kecil jumlahnya.

  Sekian wassalam

  Pemuda Pas Jelutong


Kiriman pada 2/19/2004 4:36:58 pm oleh terkini
Comments (1)


Malaysia Permai

Dalam surat kahabar The Star 17/2/04 pg. 2:

(According to DPM Datuk Seri Najib Tun Razak in Kelantan) "I cannot sleep thinking about the plight of the Kelantan people who are living in poverty and inadequacies under PAS rule".

Benarkah demikian? Curang sungguh kepimpinan kerajaan negeri Kelantan sekarang sehingga membisu membiarkan rakyatnya miskin dan serba kekurangan. Itulah barangkali persepsi orang awam apabila membaca kenyataan TPM itu.

Namun Allah swt Maha Kaya, dalam keadaan tidak dirancang, diwaktu yang sama Najib berucap demikian di Jeli, di Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Bharu ketika persidangannya EXCO kerajaan negeri memaklumkan dewan kadar kemiskinan di negeri Kelantan turun daripada 29.9% (tahun 1990, tahun dimana kerajaan negeri bertukar tangan dari UMNO ke PAS) ke 22.9% tahun 1995 ke 19.2% tahun 1999 dan ke 12.4% tahun 2002.

Bermakna masa UMNO/BN kadar kemiskinan 29.9% manakala masa PAS memerintah kira-kira 14 tahun turun ke 12.4%. Macam mana masa UMNO memerintah Najib boleh tidur nyenyak sedangkan masa PAS memerintah dalam keadaan kadar kemiskinan dapat dikurangkan tak boleh tidur?

Kalau ukuran kemajuan, seperti yang dicanangkan untuk Kedah dalam segment Kedah maju - maka Kelantan adalah terlalu maju berbanding Kedah. Hotel-hotel di Kelantan, sebulan sebelum cuti sudah almost
full.  Flight to and from KB-KL, di musim off peak pun penuh manjang. Kalau weekend jangan cakaplah. Bas berderet-deret balik KB. Apasal dia orang suka pi Kelantan. Depa pun tak tahu. Tapi depa agak, mungkin salah satu sebab nak jalan-jalan cari makan kot.  

Di sana sekarang, pakcik makcik dah upgrade food servis dia orang. Ada gerai-gerai specialise satu jenis aje seperti ayam percik. So berderetlah peminat ayam percik dari jauh dekat. Gerai tepi jalan pun ada aircond. Ada gerai yang specialitynya kurma itik serati. Tu dia, depa sanggup tempuh jam tujuh gerai kurma itik serati untuk breakfast. Petang pulak depa tuju gerai specialise laksam. Yes, that
ordinary laksam - but taste so sedap dari biasa.

PR kali ni, BN akan bermati-matian nak tawan Kelantan dan Teganu - kalau tidak besar kemaluan BN. Depa kata entah berapa puluh ribu pengundi luar dibawak masuk. Kita tak tahulah pasai ni. Tapi kalau
namanya umno kita tak heran sangat, sebab depa cukup desperate.

Kita rasa umno telah buat kesilapan dengan Brahim Ali. Umno tak faham-faham lagi cara pengundi kelantan berfikir.

Rule no 1: Pengundi Kelantan takleh diugut - seperti "Kalau tak undi BN, tak dapat university".

Rule no 2: Local leader takleh dihina-hina. Dia orang, kalau diluar daerah, dengar aje dialect dia orang dipertuturkan, depa jadi akrab serta merta. Jadi kalau pemimpin macam Brahim Ali dibuang macam
kucing kurap, tentulah pengikut-pengikut dia cukup bara. Patutlah TPM pi Stadium Muhammad IV baru-baru ni, rupa-rupanya nak pujuk. Pastu PM pulak nak pi. Depa kerah@paksa kakitangan syarikat untuk pi sambut, supaya nampak ramai. Nak panggil artis, depa takut jadi isu. So
depa paksa ketua-ketua jabatan cari orang.
  
Dengar khabar Brahim ada pi jumpa pimpinan PAS, bagitau yang dia nak kacau undi. PAS tak bergantung
pada Brahim tapi umno rasa-rasanya akan cuba pujuk Brahim. Kalau tidak, batu nisan 2 batang BN
di Kelantan tu mungkin tumbang, InsyaAllah.

Tengok propaganda umno di TV1 ni kebanyakannya tak berguna, buang masa, and and insult to one's intelligent. Si ayam laga Teganu - apekenamenye, derisss derisss gitu... asyik dok ulang ayat..."apa yang umno rancang kat Teganu, telah dirosakkan oleh PAS.." Itu aje ayat keramat dia. Agak-agak sapalah yang nak percaya cakap si derisss ni. Kita kesian tengok si derisss. Ketingalan zaman betul dia.
Cakap-cakap macam yang dia cakap tu dah tak laku dah la ni. La ni orang dah pandai melihat dan menilai. Segala kerosakan yang didatangkan umno kepada rakyat Malaya sudah disedari ramai. Modal pembangunan, modal pembangkang tak mampu perintah negara, dah tak laku dah. Rakyat tua yang rosak bak rasuah, rakyat muda belia yang runtuh moral, rakyat kanak-kanak yang jadi kaki buli, lebih diperhatikan orang sekarang. Oleh kerana umno yang menjadi makhluk perosak, maka orang tengah cari pengantinya.

Kalau aman ni bermakna, nak jalan sana sini tanpa ada  rasa takut dan buleh tidur malam dengan nyenyaknya, maka Malaysia dah out dari category aman. Hari-hari, ada kes ragut, rompak, pecah rumah, rogol, rasuah, bunuh, dll. Dalam kes ragut misalnya, KLCC dah jadi syurga peragut yang menjadikan tourists sebagai mangsa. Pecah rumah pulak, so rampant, ada rakyat yang terpaksa ubah waktu tidur untuk jaga rumah. Dua orang anak beranak nyaris maut ditetak bilamana rumah mereka dicerobohi oleh pemecah rumah yang kebanyakannya dari Indon yang masuk secara haram. Kalau kita tanya kenapa ramai sangat pendatang haram ni? Mereka buleh hidup secara haram sebab bila polis tangkap, suap beberapa
ratus RM dah buleh lepas balik.  

Paklah dengan muka selamba kata rasuah di Malaysia masih rendah. Haramjaddah betul (pinjam bahasa NTV7). Rasuah di Malaysia sebenarnya dah tenat. Polis rasuah. Politician umno rasuah. Yang terbaru, kononnya membabitkan TPM dan pembelot haramjaddah keadilan tu (tapi yang ni, aku takleh caya 100% lagi - nak kena dapat maklumat lanjut). Pengarah-pengarah dan CE0-CEO yang meluluskan tender pun rasuah. Masuk MRSM pun, habis tempat dibolot oleh mereka yang masuk mengunakan orang yang ada influence. Persetankan anak-anak orang kampung yang juga layak.

Apabila Dr. Rais Yatim mengumumkan bahawa terdapat seramai 18 peserta yang bakal didakwa oleh BPR tidak lama lagi adalah sesuatu yang menyentuh hati dan perasaan rakyat Malaysia. Yang muda dan yang tua. Pembangkang dan penyokong setia kerajaan.Tertanya-tanya kita siapakah golongan high profile yang ditayangkan oleh Dr. Rais itu. Berbagai-bagai andaian telah dan sedang dibuat oleh rakyat.

Pertamanya golongan high profile ini wujud adalah hasil didikan UMNO dan BN malaysia. Tidak ada jawapan lain lagi kalau golongan ini terdiri dari golongan menteri-menteri kita. Maka nah!!! inilah anak didik umno dan BN. Tidak syak lagi!!! Jadi penangkapan mereka nanti akan memberikan satu gambaran bahawa UMNO dan BNlah adalah ibu atau pembiak kepada perasuah-perasuah negara ini. Siapa lagi yang bertanggunjawab kalau bukan UMNO.

Pengumuman Rais dengan bangga itu sebenar akan memakan diri UMNO sendiri yang memang sebuah parti yang berdarah daging rasuah. Dan secara tidak langsungnya tuduhan pembangkang dan NGO selama ini memang tepat. Yang paling menarik sekali para cerdik-pandai akan melihat bahawa ketua pembiak selama ini adalah pemerintah UMNO yang telah diam tetapi sempat memerintah selama 22 tahun.

Kita mengalu-alukan penangkapan itu nanti. Siapakah mereka. Kalau semua itu terdiri anak didik UMNO maka satu kredit yang amat besar kepada BA kerana BA mampu mendisiplinkan ahlinya mengenalpasti yang mana kaca dan permata. Bukan itu saja BA di Terengganu telah menubuhkan HISBAH mereka pada minggu pertama mengambil alih pemerintahan. Dan membuka seluas-luasnya pintu untuk BPR keluar masuk di Terengganu. Apa jua tuduhan yang dibuat orang tapi inilah realitinya yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah BA.

Untuk UMNO selamat membuka pekung sendiri. Rakyat menanti hadiah pilihan raya anda cepat...tayangkan kepada rakyat siapa dia aktor-aktor 18 terbaik itu. Selamat menontona la selepas pilihan raya nanti 18 orang ni didapati tidak bersalah atas sebab kekurangan bukti... piiirahhh taktik lama orang dah tak pakai la taktik ni, kalau jual taktik ni boleh la dapat sekilo seposen!!!

Beginilah jadinya bilamana dasar perjuangan pemerintah umno tidak disandarkan kepada Islam. Betapa ada pemimpin-pemimpin yang terlalu sibuk nak jaga periuk nasi masing-masing. Bukan aje periuk nasi, tapi termasuklah, mahligai-mahligai, kereta-kereta mewah, bini-bini dan gundek-gundek, kroni-kroni, dsbnya.  Akhirnya Rakyat jadi mangsa. Bilamana pemimpin-pemimpinnya pangamal rasuah, kaki pompuan, kaki judi,
kaki arak, adakah mungkin depa akan serius untuk membenteras? Buat apa nak serius benteras rasuah - aku pun rasuah, geng-geng aku pun ramai rasuah... Buat apa nak ban concert, pesta tu pesta ni - aku pun kaki concert bersama rakyat, peminat mariah kari, peminat pesta tahun baru... Buat apa nak ban judi/arak - aku pun dapat donation PR dari towkey tu...

Individu tak menentukan halatuju negara, but group of individu macam party, MACAM UMNO buleh...Tapi kan...

"I am still a Minister and an elected representative of the people. There is no reason for me to resign."  

Lepas tu pulak, dia tambah lagi ..."Pantang mati sebelum ajal, this is Nazri Aziz. Wrong person to pick."

Tak puas hati lagi tu, sempat pulak mencelah... "Ƹf you afraid of waves, don't build your house by the sea".

Kita sama-sama tengok nanti...


Kiriman pada 2/19/2004 4:35:34 pm oleh terkini
Comments (1)


Seks seawal 9 tahun Kajian Kementerian Kesihatan dedah fakta mengejutkan

Oleh Salina Abdullah dan Mona Ahmad

KUALA LUMPUR: Satu kajian mengenai kegiatan seksual remaja di
negara ini mendapati ada di kalangan golongan itu terjebak dalam
hubungan seks luar nikah seawal usia sembilan tahun.

Menurut Laporan Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di
Malaysia 2003, selain melakukan hubungan itu dengan pasangan
istimewa masing-masing, ramai remaja lelaki, termasuk yang masih
bersekolah mendakwa melakukannya buat pertama kali dengan pelacur.

Laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan itu, adalah hasil
penelitiannya terhadap 260 penyelidikan dan bahan bertulis antara
Jun dan September tahun lalu.

Maklumat mengenai pembabitan remaja sembilan tahun itu terkandung
dalam kajian yang dikendalikan Persekutuan Persatuan Perancangan
Keluarga Malaysia (FFPAM) beberapa tahun lalu, tetapi masih
dianggap relevan.

Kajian FFPAM itu, membabitkan 1,303 remaja berusia antara 15 dan 25
tahun di empat negeri iaitu Pulau Pinang, Kelantan,
Selangor/Wilayah Persekutuan dan Sarawak.

Laporan Kementerian Kesihatan menyifatkan hasil kajian yang
ditelitinya, termasuk kajian FFPAM berkenaan, amat mengejutkan.

Walaupun remaja didapati menyifatkan sesuatu perbuatan itu sebagai
salah dan melanggar norma kehidupan, ia tidak bermakna mereka tidak
melakukan perbuatan itu.

Tahap pengetahuan remaja mengenai kesihatan seksual dan reproduktif
pelbagai mengikut kajian yang dijalankan. Namun, apa yang lebih
penting ialah walaupun mereka tahu atau faham mengenai sesuatu
perkara seperti pentingnya menjalankan hubungan seksual yang
selamat, ia tidak diterjemahkan dengan perbuatan.

Generasi muda di negara ini (berusia antara 10 dan 24 tahun)
didapati aktif melakukan kegiatan seksual, termasuk hubungan seks,
iaitu antara satu peratus dan 54 peratus, masing-masing berdasarkan
Kajian Kebangsaan Mengenai Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja
1994/1995 Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
dan kajian Remaja dan Aids 1996 oleh Unit Aids, Kementerian
Kesihatan.

Bagaimanapun, kaji selidik media yang dijalankan bagi melengkapkan
kajian LPPKN itu, mendapati 27 peratus remaja terbabit dalam
hubungan seks luar nikah.

Dalam satu kajian yang dijalankan di Kuala Lumpur, sembilan peratus
atau 105 daripada 1,181 remaja berusia antara 15 dan 21 tahun
mengakui sudah melakukan hubungan seks luar nikah (20.3 peratus
daripada 44 peratus responden yang `dating' (keluar dengan pasangan
istimewa)).

Kaji selidik Mobiditi Kebangsaan Kedua 1993, mendapati kira-kira
dua peratus daripada 30,000 pelajar menengah pernah melakukan
hubungan seks, dengan 9.4 peratus daripadanya melakukan perbuatan
itu dengan pelacur.

Lebih menakutkan, dalam semua kajian yang dijalankan itu, didapati
remaja ini bukan saja terjebak dalam gejala hubungan seks luar
nikah malah mereka melakukannya dengan cara yang berisiko tinggi,
tanpa memikirkan keselamatan dan kesihatan diri.

Laporan Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Malaysia
2003 itu menyebut Dasar Kesihatan Remaja Kebangsaan pada masa ini
tidak memberi penekanan kepada aspek kesihatan seksual dan
reproduktif golongan berkenaan.

Keadaan itu, kata laporan berkenaan, mungkin disebabkan topik itu
sensitif pada pandangan masyarakat. Malah, dasar berhubung
perkhidmatan di negara ini juga secara umumnya seiring dengan
sensitiviti agama dan budaya.

Banyak agensi kerajaan, termasuk Kementerian Kesihatan juga
mengekang remaja daripada mendapatkan perkhidmatan berkaitan
kesihatan seksual dan reproduktif. Remaja dan golongan yang belum
berkahwin umpamanya tidak boleh mendapatkan perkhidmatan berkaitan
topik berkenaan, walaupun sekadar kaunseling dan pendidikan.

Berita Harian difahamkan remaja yang belum berkahwin akan dihalau
keluar jika ingin mendapatkan nasihat atau maklumat mengenai
perkara berkenaan.

Berikutan itu, Laporan Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif
Remaja di Malaysia 2003 mengemukakan tujuh cadangan bagi
meningkatkan tahap kesihatan seksual dan reproduktif remaja.
Cadangannya ialah:

* meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya aspek kesihatan
seksual dan reproduktif remaja;

* memperbaiki dan memperluaskan pendidikan seks kepada semua
peringkat umur, terutama generasi muda;

* mengukuh dan memperluaskan perkhidmatan berkaitan kesihatan
seksual reproduktif (termasuk kepada remaja dan kumpulan yang
berkahwin);

* melaksanakan dasar sejajar keperluan semasa;

* menguatkuasakan undang-undang sedia ada dan menggubal undang-
undang baru jika perlu;

* mengukuhkan kerjasama antara agensi berkaitan; dan

* menjalankan lebih banyak penyelidikan berhubung kesihatan seksual
dan reproduktif remaja.

Laporan itu disediakan kumpulan penyelidik yang dianggotai Pengarah
Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr
Narimah Awin; Timbalan Pengarahnya, Dr Mymoon Alias dan Ketua
Penolong Pengarahnya, Dr Nik Rubiah Nik Abdul Rashid.

Selain itu, Pengarah Eksekutif FFPAM, Dr Ang Eng Suan; Ketua Unit
Pembangunan Penyelidikan Kesihatan, Fakulti Perubatan, Pusat
Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Sarinah Low Abdullah dan
Pensyarah Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan, Universiti Putra Malaysia UPM), Prof Madya Dr Mary Huang
Soo Lee, yang juga Setiausaha Kehormat FFPAM.


Kiriman pada 2/19/2004 4:34:03 pm oleh terkini
Comments (1)


Fawzi tahu rahsia Najib, Rosmah dan PLKN

DATO' SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJl ABDUL RAZAK,
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
Malaysia SANGAT PERCAYA DAN YAKIN kepada Kolonel Prof.
Dato' Dr. Ahmad Fawzi bin Mohd Basri (Naib Chancelor
UUM) untuk  menjadi Pengerusi Majlis Program Latihan
Khidmat Negara.

Dr. Fawzi Basri juga adalah penyelidik yang telah
membongkar kisah rumah-tangga Najib.   Najib yang
sudah beristeri sanggup merampas Rosmah Mansor dari
suaminya yang pertama.   Sila rujuk Thesis PhD
sepenuhnya yang memuatkan surat-surat tawar-menawar
antara Najib dan bekas suami Rosmah.   Rosmah tergamak
meminta cerai dari suami pertamanya untuk jadi isteri
menteri dan memaksa Najib menceraikan isteri pertama.

Para peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKB)
berhak mengetahui .... adakah mereka dididik supaya
sesat dan berakhlak  rosak sebagaimana Najib dan
Rosmah ?    41 kem PLKN bertujuan untuk menabur RM25
juta kepada kroni-kroni dalam UMNO.   Kepada para
pembekal uniform, boot, makanan, minuman dll peralatan
PLKN ... wang bayaran mungkin tidak sampai ke tangan
anda sebagaimana beribu-ribu kontraktor yang jatuh
bankrupt, ankara korupsi dalam UMNO/BN.    Sila jawab
wahai Kolonel Prof. Dato' Dr. Ahmad Fawzi bin Mohd
Basri.

http://aisig.uum.edu.my/research/e-thesis/sc_sosial.cfm


The United Malays National Organisation (UMNO)
1981-1991: A Study of the Mechanics of a Changing
Political Culture

Penulis:Ahmad Fawzi Mohd. Basri
Penyelia:-
Tesis:(Ph.D), University of Hull
No Panggilan:JQ719 A8U4A266u 1992

Abstrak:
This study is the result of a life interest in the
Malays and their remarkable impact on Malaysian
political history. I was involved in youth politics in
the 1970’s, and in UMNO, from being an ordinary member
in the late 1960’s, to an UMNO activist after 1976
when I became involved in an urban-based UMNO Division
in the Federal Territory of Kuala Lumpur. Later on I
was active in my home town, in a rural UMNO Division.
When the UMNO Baru was formed in 1988, I was elected
Permanent Chairman of this UMNO Division. I have
observed UMNO meetings at Branch, and Divisional
levels. At the same time I have observed UMNO General
Assemblies as one of the Divisional representatives. I
am translating all these experiences and observations
that I have gathered historically, into an
ethnographic study carried out as a participant
observer. I felt certain, as was evidenced in the
literature and journals between 1981 and 1991, that
there was indeed, a growing political interest among
the Malays which had been the result of their
socio-economic modernization. I consider the period
1981-1991 as a critical era in Malay politics, because
of the many major occurrences of dynamic development
in Malaysian politics. Education and socio-economic
development have mobilized the Malay political
culture. I have used Malay written sources as much as
possible because they have had a strong influence on
the developing Malay political culture. Many of these
writings have had a tremendous impact on politics. My
task is to clarify the Malay view on their political
beliefs and orientations. I therefore hope that from
this historical context, the study will give a better
understanding of Malay political thinking. It is
important to note that I have been fortunate to meet
many activists from UMNO, PAS and Semangat 46, and
eminent and grassroots people who were willing to
discuss and to be interviewed for this study, even
though most of them refused to have their names
mentioned.



Kiriman pada 2/19/2004 4:31:45 pm oleh terkini
Comments (7)


Next Page